Bismillah..
Tika ini hati merindu
Pergimu sudah setahun berlalu
Walau sepi tidak bertunggu
Ibu kau tetap dalam ingatanku
Tika ini hati merindu
Lambaian tergambar di depan mataku
Kanan dan kirimu anak dan cucu
Aku pergi membawa janjimu
Tika ini hati merindu
Entah kenapa jadi begitu
Semakin hampir hari kepulanganku
Dadaku kencang berdegup laju
Tika ini hati merindu
Mungkinkah doaku tidak selalu
Atau terhijab dek noda dosaku
Tergambar, teringat, terpapar wajahmu
Ku belek-belek di segenap penjuru
Mencari di mana salah dan silapku
Malam ini tak terpejam mataku
Ku ingat-ingat satu persatu
Menuntut ilmu janjiku padamu
Matlamat itu masihkah menyatu
Atau sudah bertukar teraju
Mungkinkah ini yang memugar rinduku???
Ya Allah
HambaMu ini datang mengadu
Daku bersyukur dikurnikaan ibu
Berkorban kasih bergadai rindu
Demi pemergianku menuntut ilmuMu
Ya Allah
Daku mengharap rahmat dariMuJadikan daku dikalangan hambaMu
Yang faqih dan ikhlas menuntut ilmu
Jadi saham buat orang tuaku
Ya Allah
Daku merintih memohon padaMu
Ampunkan dosa juga kesalahanku
Penghalang cahaya masuk ke dadaku
Tabahkan hatiku bahagiakan ayah ibu
Amin ya Robbal alamin
Ingatan ini takkan pernah padam...
Dari anakanda...
Buat ayah dan ibu, musliman dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah...al-Fatihah

Wallahuaalam..
2 comments:
Saudara Fairuz,
Assalamu alaikum!
Saya gembira membaca laman ini lebih-lebih lagi kerana ia dihasilkan oleh seroang anak yang mendapat didikan bercorak ugama. Kalau kita pandang kembali kepada sejarah persuratan kita, persuratan Melayu dihiasi oleh pencinta bahasa yang berlatar belakang didikan ugama - Hamzah Fansuri, Bung Hamka, dan pendita Za'aba mislanya. Kehalusan bahasa adalah satu pemberian Tuhan yang amat indah sekali dan bangsa yang tidak mengindahkan bahasanya tidak mempunyai budaya yang murni. Sekarang anak-anak kita dipesonakan oleh televisyen dan tidak lagi memahami tarikan keindahan kata yang dijalin dan ditulis atau dialunkan sehingga membawa tarikan dan kecantikan yang boleh menitiskan air mata orang-orang dewasa. Syabas, ustaz. Teruskan dan bawalah ramai lagi kawan-kawan ke bidang ini.
alhamdulillah, jumpa juga blog ustaz!!! syabas!
Post a Comment